20 Kutipan Nasihat Orang Bijak
Marah itu mudah. Tapi marah kepada siapa, dengan ukuran kemarahan yang sesuai, pada saat dan tujuan yang tepat, serta dengan cara yang benar itulah yang susah. (Aristoteles)
Kesakitan membuat Anda berpikir. Pikiran membuat Anda bijaksana. Kebijaksanaan membuat kita boleh bertahan dalam hidup. (John Pattrick).
Jangan pernah melupakan apa pun yang dikatakan seseorang ketika dia sedang marah, kerana akan seperti itu pulalah perlakuannya kepada Anda. (Henry Ward Beecher)
Kejayaan adalah kemampuan untuk melalui dan mengatasi
dari satu kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat. (Winston Chuchill)
Bakat terbentuk dalam gelombang kesunyian, watak terbentuk dalam gelombang besar kehidupan. (Goethe)
Secara teori saya meyakini hidup harus dinikmati, tapi kenyataannya justru sebaliknya – Kerana tidak semuanya mudah dinikmati. (Charles Lamb)
Orang yang menginginkan impiannya menjadi kenyataan, harus menjaga diri agar tidak banyak tertidur. (Richard Wheeler)
Bila Anda ingin bahagia, buatlah tujuan yang boleh mengendalikan pikiran, melepaskan tenaga, serta mengilhami harapan Anda, (Andrew Carnegie).
Kita hanya berfikir ketika kita menghadapi pada suatu masalah. (John Dewey)
Kesalahan orang lain terletak pada mata kita, tetapi kesalahan kita sendiri terletak di belakang kita. (Ruchert)
Yang baik bagi orang lain adalah selalu yang betul-betul membahagiakannya. (Aristoteles)
Semua yang betul bersifat rasional dan semua yang rasional bersifat betul. (Hegel)
Sebelum menolong orang lain, saya harus dapat menolong diri sendiri. Sebelum menguatkan orang lain, saya harus menguatkan diri sendiri dahulu. (Petrus Claver)
Lebih baik bertempur dan kalah daripada tidak pernah bertempur sama sekali. (Arthur Hugh Clough)
Hidup adalah humor yang baru saja dimulai. (W.S. Gilbert)
Orang yang boleh menggunakan dan menyimpan wang adalah orang yang paling bahagia, karena dia memiliki kedua kesenangan. (Samuel Johnson)
Kebijaksanaan tidak pernah berbohong. (Homer)
Tuhan sering mengunjungi kita, tetapi kebanyakan kita sedang tidak ada di rumah. (Joseph Roux)
Seorang pendengar yang baik mencuba memahami sepenuhnya apa yang dikatakan orang lain. Pada akhirnya mungkin saja dia sangat tidak setuju, tetapi sebelum dia tidak setuju, dia ingin tahu dulu dengan tepat apa yang tidak disetujuinya. (Kenneth A. Wells)
Seorang lelaki sudah setengah jatuh cinta kepada wanita yang mau mendengarkan perbualannya dengan penuh perhatian. (Brenden Francis)
0 comments